KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi melalui penambahbaikan dan kewujudan baharu membabitkan inftrastruktur kegunaan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antara rancangan jangka pendek dan jangka panjang ialah memilih kontraktor bersesuaian bagi tujuan membina klinik, hospital, jalan raya, menangani masalah air, hasil tani, keperluan usahawan desa serta penjaja yang memerlukan intervensi.
"Kerajaan Madani tegas untuk membantu rakyat hatta apabila berada di Negeri Di Bawah Bayu ini.
"Saya singgung (sentuh) keperluan laporan terkini berkaitan 25 projek sakit yang memerlukan kerjasama dan perhatian pihak terkait sewajarnya," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Anwar, yang tiba di Kota Kinabalu pada 11.40 malam tadi, memulakan lawatan kerjanya pagi ini dengan menghadiri taklimat pembangunan negeri Sabah di Menara Kinabalu diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta Timbalan-Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya.
Semasa taklimat itu, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah meneliti beberapa permintaan, keluhan, aduan, rintihan meliputi keperluan dan keutamaan rakyat yang mendesak.
Beliau kemudian menghadiri perjumpaan khas bersama Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Anwar menghadiri taklimat pembangunan negeri Sabah di Menara Kinabalu diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Peranan Kementerian Komunikasi salur dasar kerajaan terus ditambah baik - Teo
Kementerian Komunikasi akan terus menambah baik peranan mereka dalam menyampaikan maklumat berhubung dasar dan polisi Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Perlu ada ketelusan dalam pengurusan kutipan derma - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perlunya ada ketelusan dalam pengurusan sebarang dana kutipan derma di negara ini.
Kerajaan Madani yakin capai pertumbuhan KDNK lebih kukuh 4-5 peratus pada 2024
Kerajaan Madani yakin mampu mencapai pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024.
Kerajaan Madani komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi
Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian.
Menteri bukan Melayu dilibatkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera
Menteri-menteri bukan Melayu akan dilibatkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang dijadual berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac depan.
Kerajaan Madani berjaya buktikan mampu bersatu, fokus kepada rakyat - Fahmi
Fahmi berkata, Kerajaan Madani berjaya merangka lima dasar yang cukup bersejarah untuk rakyat dan negara pada tahun ini.
KPKT peruntuk RM211.4 juta kepada Pulau Pinang bagi Program Sentuhan Kasih
KPKT memperuntukkan RM211.4 juta kepada Pulau Pinang menerusi 'Program Sentuhan Kasih KPKT' bagi pembinaan PPR, projek penyelenggaraan dan naik taraf projek di bawah Majlis Bandaraya.